Thursday, May 29, 2008

Terbitnya Matahari dari Tempat Tenggelamnya


Khamis. 29 Mei, 2008

Hari ini saya mulakan catatan saya dengan tahun masehi. Kenapa agaknya anda semua bertanya? Semasa saya membuat catatan ini, masa menunjukkan pukul 10:57 pagi Khamis pada jam hand phone saya (saya jarang pakai jam tangan). Pada masa yang sama, waktu dibeberapa bandar di dunia adalah seperti berikut: 5.57 pagi Khamis di Riyadh dan 21.57 malam hari Rabu di Washington D.C.

Bagaimanakah masa ditetapkan atau lebih tepat lagi- bagaimana ianya telah diseragamkan? Semestinya dalam apa jua bentuk ukuran yang digunakan oleh manusia, satu kata sepakat untuk meletakkan satu standard yang diterima semua, tentunya telah dicapai terlebih dahulu. Manusia sudah tentunya tidak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian sesama mereka jika setiap orang menggunakan ukuran-ukuran yang berbeza. Penetapan hari, minggu, tahun atau dalam ertikata lain 'masa', menggunakan fenomena putaran bumi diatas paksinya serta peredarannya mengelilingi matahari. Hari dalam sistem shamsi/matahari/gregorian bermula dengan terbitnya matahari. Berbeza dengan sistem qamari/bulan/hijri, dimana hari bermula dengan terbitnya bulan (waktu maghrib dikira permulaan hari.)

Memandangkan bumi kita berbentuk 'bulat', tidak semua tempat menerima cahaya matahari serentak maka kerana itulah timbulnya perbezaan masa. Tempat atau negara mana yang diberi keutamaan untuk menjadi tempat rujukan permulaan hari? Satu pepatah Jepun yang mahsyur menerangkan negara mereka sebagai NEGARA MATAHARI TERBIT (Land of the Rising Sun). Dalam konteks kehidupan manusia hari ini, dunia tidak menganggap bahawa Jepun sebagai tempat mulanya matahari terbit. Jadi bolehlah kita anggap bahawa orang Jepun "syok sendiri"!. Tempat yang digunakan sebagai rujukan mulanya matahari terbit adalah Greenwich, sebuah pekan kecil di England yang diletakkan pada longitud bumi "0" darjah dan dikenali sebagai Prime Meridian. Penetapan ini telah diputuskan di Conference Meridian Antarabangsa di Washington D.C pada tahun 1884 di atas permintaan Presiden Amerika ketika itu, Chester A. Arthur. Penetapan ini bermakna bahawa pada saat itu, dunia telah memutuskan bahawa MATAHARI TERBIT DARI BARAT.

Maka sekali lagi manusia khususnya bangsa Gog Magog, ingin menafikan campur tangan tuhan dalam pengurusan mereka. Berapa ramai diantara kita yang bersubahat atau pun paling tidak, mengiktiraf perbuatan mereka?

Monday, May 26, 2008

Gog & Magog: Pengakuan Ketiga Mereka

22 Jamadil Awal

Dipetik dari tulisan Mike Gascoigne seorang penulis sejarah yang berasal dari England:

The ancestry of the English royal family can be traced back through the Scottish and then the Irish royal lines, and then back to Magog the grandson of Noah, and back to Adam. If you can trace your ancestry to the English royal line, you can trace it back to Adam. There are many generations of the English monarchy, and millions of people have descended from them.

Silsilah keturunan keluarga diraja Inggeris bertemu dengan silsilah keturunan keluarga diraja Scottish dan Irish, kemudian melalui MAGOG, cucu kepada Nuh dan seterusnya sampai ke Adam. Jika sekiranya kamu boleh mengaitkan keturunan kamu dengan keluarga diraja Inggeris, maka kamu boleh menjumpai silsilah keturunan kamu sampai ke Adam. Terdapat banyak generasi keluarga diraja Inggeris, dan zuriat-zuriat mereka bertebaran dengan meluasnya.

Banyak dokumen-dokumen yang mengesahkan keturunan orang-orang Eropah sebagai keturunan Yafith khususnya melalui anak-anaknya Gomer dan MAGOG. Dalam pada itu keluarga-keluarga diraja Eropah seperti mana-mana keluarga diraja di dalam dunia, sememangnya menyimpan silsilah keturunan mereka yang panjang. Silsilah-silsilah ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa mereka adalah titipan zuriat MAGOG atau dalam kefahaman Islam-Ma'juj. Untuk melihat satu contoh, pergi ke pautan 'Silsilah Maebh Belle Pyles' dalam blog ini, kemudian klik "Geneology of Maebh Belle Pyles" dalam laman asalnya. Dengan semua bukti-bukti ini, masih lagikah orang-orang Islam ingin mempercayai bahawa satu pun tanda-tanda besar qiamat belum muncul?

Gog & Magog: Pengakuan Kedua Mereka

21 Jamadil Awal

Petikan dari Table of Nations tulisan Tim Osterham:

The Japhetic people are, in general, the peoples of India and Europe (Indo-European stock), with which any demographer is familiar10.

Keturunan Yafith secara umumnya adalah bangsa-bangsa India dan Eropah, juga mana-mana bangsa yang boleh dikaitkan dengan mereka.

1The whole Celtic race has been regarded as descended from Gomer, though history suggests modern Celts are descended from both Gomer and Magog. Archaeologists and ethnologists agree that the first Indo-European group to spread across Europe were Celts. The Irish Celts claim to be to the descendants of Magog, while the Welsh Celts claim to be to the descendants of Gomer. Irish chronicles, genealogies, plus an extensive number of manuscripts which have survived from ancient times, reveal their roots.

Bangsa Celtic diakui ramai sebagai keturunan Gomer, walaupun begitu para ahli sejarah lebih cenderung untuk melihat mereka sebagai keturunan Gomer dan juga Magog. Para archaelogists & ethnologist pula bersetuju bahawa kumpulan Indo-Eropah yang pertama menduduki Eropah adalah orang-orang Celt. Puak Irish Celt mengaku mereka adalah keturunan Magog manakala puak Welsh Celt pula lebih cenderung mengatakan mereka adalah keturunan Gomer. Sumber-sumber ini datang dari kitab-kitab dan carta-carta silsilah purba Irish.

Sunday, May 25, 2008

10 Tanda Besar Hari Qiamat

20 Jamadil Awal

Bagi yang sememangnya tidak tahu langsung tentang Gog-Magog atau Ya'juj-Ma'juj, di sini saya turunkan terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris, hadith riwayat Imam Muslim mengenai 10 tanda besar sebelum berlakunya hari QIAMAT. Terjemahan ini bukan terjemahan saya sendiri, tetapi dari dua sumber yang berlainan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa apa yang di sebutkan sebagai Ya'juj-Ma'juj dalam budaya Islam, adalah Gog-Magog dalam budaya bukan Islam.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslim)

Imam Muslim records in his Saheeh:

Hudhaifa b. Usaid Ghifari narrated, “God’s Messenger came to us all of a sudden as we were (busy in a discussion). He said, ‘What are you discussing?’ They (the Companions) said, ‘We are discussing the Last Hour.’ Thereupon he said, ‘It will not come until you see ten signs before it.’ And (in this connection) he made a mention of the smoke, Dajjaal, the beast, the rising of the sun from the west, the descent of Jesus son of Mary (may God praise them), Gog and Magog, and landslides in three places, one in the east, one in the west and one in Arabia, at the end of which a fire would burn forth from the Yemen and drive people to the place of their assembly.’”

Ramai umat Islam hari ini leka dengan keadaan bahawa hari Qiamat tidak akan berlaku dalam masa terdekat di atas alasan tidak nampak tanda-tanda besarnya lagi. Ramai yang belajar hadith atau yang ada sedikit-sebanyak pengetahuan agama, melihat hadith-hadith hari qiamat pada sudut zahirnya, sedangkan Rasulullah saw mengkhabarkan tanda-tandanya 1400 tahun dahulu dalam suasana kehidupan manusia tidak ada gambaran langsung tentang keadaan yang akan ujud pada hari ini seperti penemuan minyak, kuasa letrik, ciptaan kereta, talipon dsb. Dalam keadaan begitu, banyak yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw semestinya adalah dalam bentuk KIASAN. Jika dikaji kitab-kitab testament lama dan baru sendiri, khususnya dalam "Book of Revelation" yang banyak menceritakan ramalan-ramalan hari qiamat (apocalypse), kita akan dapati perbahasan dikalangan bijak-pandai yahudi dan keristian juga mengatakan bahawa ramalan-ramalan dalam kitab-kitab mereka itu adalah dalam bentuk metaphor (kiasan).

Sebagai penutup kepada catatan hari ini, dibawah ini saya petik ayat 7-8 dari kitab ramalan (Book of Revelation), bab 20.

7 When the thousand years end, Satan will be let out of his prison.

(Apabila tamatnya 1000 tahun, Syaitan akan dilepaskan dari tahanannya)

8 He will go out to deceive the nations from every corner of the earth, which are called Gog and Magog. He will gather them together for battle--a mighty host, as numberless as sand along the shore.

(Dia akan pergi untuk memperdaya bangsa-bangsa di setiap penjuru dunia, yang dipanggil Gog dan Magog. Dia akan mengumpulkan mereka untuk pertempuran- ramai bilangannya, seramai butiran pasir di pantai.)

Thursday, May 22, 2008

Gog & Magog: Pengakuan Pertama Mereka

17 Jamadil Awal

Siapa Gog & Magog? Rupanya ramai yang tak pernah dengar. Bila di katakan itu istilah Barat untuk Ya'juj & Ma'juj, maka baru ada muka yang buat-buat "macam" faham sedikit. Saya ajukan pula soalan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa, 'apa yang kamu tahu tentang Ya'juj & Ma'juj?' Diantara respon umum yang diterima:

1. makhluk jin atau raksasa;
2. membuat kerosakan;
3. makanannya pokok2 kayu dan batu-batu;
4. mampu minum air sungai sampai kering;
5. mereka sekarang sibuk mengorek lubang untuk masuk ke alam kita.

Cara terbaik untuk saya menunujukkan kepada masyarakat perihal siapakah Gog & Magog @ Ya'juj & Ma'juj dan asal usul mereka, ialah dengan mendedahkan maklumat-maklumat yang datang dari mereka sendiri. Dengan ini, mudah-mudahan tiada lagi tuduhan terhadap saya bahawa saya menyebarkan propaganda atau lebih dahsyat lagi, (seperti yang telah berlaku) mengatakan bahawa saya sudah mengikuti fahaman sesat- na'uzubILLAH.

Terjemahan saya yang agak kasar disertakan dalam blog ini tetapi bagi mereka yang memahami bahasa Inggeris dengan baik, saya anjurkan juga untuk pergi ke laman asal untuk pengesahan bahawa laman itu memang ujud (terdapat pada pautan di sebelah kanan blog). Tolong perhatikan laman tersebut di sponsor oleh siapa.

Gog and Magog

Towards the head of the procession you will see two stern but benevolent wicker giants. They are Gog and Magog, the traditional guardians of the City of London, and they have been carried in the Lord Mayor’s Show since the reign of Henry V.

Di muka perarakan ini, anda akan berpeluang untuk meihat dua patung rotan yang berwatakan garang tetapi baik. Mereka adalah Gog & Magog, penaung dan pemelihara legenda Bandar London, patung mereka telah diusung didalm perarakan ini semenjak zaman pemerintahan Henry kelima lagi.

Gog and Magog, or sometimes Gogmagog and Corineus, are descended from the pagan giants of early English pageantry and their origins lie in ancient legends of Britain’s beginning. The story goes that Diocletian – the Roman Emperor – had thirty-three wicked daughters. He managed to find thirty-three husbands to curb their unruly ways, but the daughters were not pleased, and under the leadership of their eldest sister Alba they plotted to cut the throats of their husbands as they slept.

Gog & Magog, atau kadangkala dikenali sebagai Gogmagog & Corineus, adalah keturunan gergasi pagan (penyembah berhala) zaman purba English dan asal usul mereka didapati di dalam legenda permulaan Britain. Riwayat menyatakan bahawa Diocletion- emperor Rom- mempunyai 33 anak gadis yang kejam. Dia berjaya menemukan 33 suami sebagai usaha untuk mengongkong kekejaman mereka. Perkara ini tidak digemari anak-anak perempuannya dan di bawah kepimpinan Alba kakak sulung, mereka merancang untuk menyembelih suami-suami mereka di dalam tidur.

For this crime they were set adrift in a boat with half a year’s rations, and after a long and dreadful journey they arrived at the islands which came to be named Albion, after the eldest. Here they stayed, and by coupling with demons they populated the the wild, windswept islands with a race of giants.

Untuk jenayah ini, mereka menerima hukuman pembuangan negei dan di hanyutkan ke laut dengan hanya perbekalan selama 6 bulan. Setelah melalui satu pelayaran yang panjang dan mengerikan, akhirnya mereka tiba ke kepulauan yang kemudiannya mereka namakan Albion, dinamakan sempena nama kakak yang sulung. Di situlah mereka menetap dan hasil sekedudukan mereka dengan makhluk-makhluk yang berada di pulau tersebut, zuriat keturunan mereka yang berbangsa gergasi memenuhi kepulauan itu.

Some time later Brutus, the great-grandson of Æneas, fled the fall of Troy and by way of various scrapes arrived at the same islands. He too named them for himself, so we also know them as Britain. With him he brought his most able warrior and champion, Corineus, who faced the leader of the giant brood in single combat and eventually hurled him from a high rock to his death. The name of the giant was Gogmagog and the rock from which he was thrown became known as Langnagog or “The Giants Leap”. As a reward Corineus was given the western part of the island, which came to be called Cornwall after him. Brutus travelled to the east and founded the city of New Troy, which eventually came to be known as London.

Semasa kejatuhan Troy, Brutus yakni cicit kepada Aeneas, telah melarikan diri dan akhirnya tiba di kepulauan yang sama. Dia juga menamakan kepulauan tersebut sempena namanya- Britain. Bersama dengan Brutus, ada seorang pahlawanan yang terkenal hebat bernama Corineus. Corineus telah bersemuka dengan ketua bangsa gergasi dalam pertempuran satu lawan satu. Ketua gergasi tersebut telah di lontar dari batu yang tinggi dan menjunam lalu menemui kematiannya. Nama ketua gergasi tersebut adalah Gogmagog dan batu tempat dia di campak dikenali kemudiannya sebagai Langnagog atau "Terjunan Gergasi". Corineus telah dihadiahkan bahagian barat kepulauan tersebut yang kemudiannya dinamakan Cornwall sempena namanya. Brutus meneruskan perjalanannya ke sebelah timur dan mengasaskan Bandar Baru Troy yang kemudiannya berubah menjadi London.

The full version of this story can be found in Geoffrey of Monmouth’s twelfth century Historia Regum Brittaniae, a fanciful history that summarises contemporary efforts to connect Celtic royalty to the heroic world of the Greek myths. It was accepted as fact for centuries and will have had real meaning and importance to the mediaeval participants in the Mayor’s procession.

Versi penuh kisah ini boleh dijumpai didalam buku Historia Regum Brittaniae kurun ke-12 karangan Geoffrey Monmouth. Ianya merupakan buku sejarah yang cuba mengaitkan keluarga diraja bangsa Celtic dengan legenda-legenda Yunani. Ianya diterima sebagai fakta sejarah yang sebenar selama beberapa kurun dan sesungguhnya pasti menjadi bahan rujukan penting kepada masyarakat kurun pertengahan yang terlibat di dalam perarakkan Datuk Bandar.

It is common for early peoples to regard the original inhabitants of their territory as giants. The memory of early struggles for land or survival is preserved in mythology and heroes became giants in the popular mind. They were often large and powerful men, and their physical strength and stature became exaggerated as their deeds pass into legend. The pagan giants were not ugly or huge, they were simply giant men inhabiting what appears to be a golden age of might and simplicity.

Bukan satu perkara yang asing bagi orang-orang terdahulu beranggapan bahawa penduduk asal sesebuah daerah adalah para gergasi. Banyak kisah-kisah rakyat mengisahkan perjuangan para pahlawan dahulu kala menakluki tanah dan memperjuangkan kehidupan masyarakat mereka. Kisah-kisah ini di pelihara dalam ingatan dari generasi ke generasi. Pahlawan-pahlawan tersebut dikatakan bertubuh sasa dan memiliki kekuatan luar-biasa dan menjadi legenda. Gergasi-gergasi silam bukanlah raksaksa hudoh, mereka sebenarnya manusia biasa dengan tubuh besar yang hidup di zaman yang amat ringkas dan berasaskan kekuatan untuk kelangsungan kehidupan.

Our giants have no trace of the supernatural about them. They come from folk custom, deriving their names from pseudo-historical characters like Gogmagog, from Biblical history like Samson, or from classical mythology like Hercules. They are a part of a tradition in English pageantry which pre-dates Christianity.

Tidak ada bukti-bukti kukuh gergasi-gergasi negeri kita memiliki kuasa luar-biasa. Perkara ini timbul dari kisah-kisah rakyat yang mana nama-nama mereka diambil dari watak-watak sejarah seperti Gogmagog atau watak dalam Injil seperti Samson atau pun mitos Yunani seperti Hercules.

The custom of carrying effigies and images at festivals is sometimes explained as an echo of the days when the same festival would have revolved around a human sacrifice. The victim was replaced with a symbolic representation, and as the old rites were incorporated into the Church, the sacrificial effigy came to represent the saint whose sacrifice was being celebrated. Whatever one thinks of this theory, the custom of carrying effigies at festivals was widespread in the middle ages both in England but on the continent, and the giants of pre-christian mythology were among them. The huge figures that you will see on the day of the Lord Mayor’s Show are just the latest versions of pagan effigies that go back thousands of years.

Adat mengusung patung manusia di musim-musim perayaan tertentu kadangkala dikaitkan dengan asal-usul pengorbanan nyawa manusia pada masa silam. Mangsa kemudiannya di gantikan dengan patung sebagai satu simbol dan upacara-upacara jahiliyyah pengorbanan manusia kemudiannya digantikan dengan cerita wali-wali yang terkorban apabila agama keristian mula tersebar. Apa pun tanggapan orang ramai, adat mengusung patung-patung manusia di waktu perayaan adalah satu adat mahsyur pada kurun pertengahan di England dan ini termasuk patung-patung gergasi dalam mitos-mitos lama sebelum kedatangan agama keristian. Patung-patung besar yang anda akan lihat setiap tahun pada hari perayaan Datuk Bandar adalah versi moden patung jahiliyyah yang boleh dikesan asal-usulnya beribu tahun dahulu.

Another version of the story has it that these two giants were the last two survivors of the sons of the thirty-three infamous daughters of Diocletian, who were captured and kept chained to the gates of a palace on the site of Guildhall to act as guardians. However they got there, we do know that by the reign of Henry V, there were carved giants guarding the gates of Guildhall. In 1554 they appeared in the Lord Mayor’s Show, and in 1605 the Pageantmaster of the day alluded to the giants who appeared in the Procession on Lord Mayor’s Day as Corineus and Gogmagog.

Satu lagi versi kisah mengenai mereka adalah kedua-dua gergasi tersebut adalah peninggalan zuriat terakhir anak-anak lelaki dari 33 anak-anak gadis Diocletion, yang ditangkap lalu dirantai pada pintu gerbang sebuah istana yang berada pada tapak Guildhall untuk menjadi pengawal. Apa pun kisah mereka, kita tetap mengetahui dengan jelas bahawa patung-patung mereka telah pun diletakkan pada pintu gerbang Guildhall pada masa pemerintahan Henry kelima. Dalam tahun 1554 pula, mereka mula diarak dalam perarakkan Datuk Bandar dan dalam tahun 1605, ketua perarakkan pada tahun tersebut mengisytiharkan bahawa patung-patuung tersebut sebagai Corineus dan Gogmagog.

Later in 1672, the Pageantmaster Thomas Jordan referred to them as “two exceeding rarities”, and stated that “at the conclusion of the Show, they are to be set up in Guildhall, where they may be daily seen all year and I hope never to be demolished by such dismal violence as happened to their predecessors.” He was referring to the destruction of much of the City by the great fire in 1666. His giants however only lasted a few years being made of wickerwork and pasteboard, in common with their sacrificial forebears, and were eventually destroyed by mice and rats.

Pada tahun 1672 pula, ketua perarakan Thomas Jordan mengatakan bahawa "mereka adalah tokoh-tokoh luar biasa dan pada penamat perarakan tahun itu, hendaklah di letakkan di Guildhall di mana boleh diperlihat kepada orang-ramai sepanjang tahun. Moga-moga mereka tidak akan dimusnahkan sebagaimana yang sebelumnya". Dia merujuk kepada kebakaran besar kota London pada tahun 1666. Patung-patung tersebut walau bagaimanapun hanya bertahan beberapa tahun kerana diperbuat dari rotan dan plaster maka akhirnya rosak akibat perbuatan tikus.

They were replaced in 1708 by a magnificent pair of wooden statues carved by Captain Richard Saunders. These giants, on whom the modeern versions are based, lasted for over two hundred years before destruction in the blitz. They, in turn, were replaced by the pair which can now be seen in Guildhall, and which were carved by David Evans in 1953. They were a gift to the City by Alderman Sir George Wilkinson who had been Lord Mayor in 1940, at the time of the destruction of the Saunders versions.

Pada tahun 1708, sepasang patung kayu yang diukir cantik oleh Captain Richard Saunders menggantikan patung-patung lama. Patung-patung ini yang merupakan rujukan versi modern pada hari ini, telah kekal selama 200 tahun sebelum termusnah dalam taufan. Sebagai ganti, sepasang patung-patung baru hasil ukiran David Evans pada tahun 1953 diletakkan. Mereka merupakan sumbangan kepada kota London dari Alderman Sir George Wilkinson yang menjadi Datuk Bandar pada tahun 1940.

Gog and Magog symbolize one of many links between the modern business institutions of the City and its ancient history. This is but the most recent of their various re-births, which have long been symbolised by the phoenix on Magog’s shield, representing return after fire. Today, the words of Thomas Boreman in his “Gigantick History” of 1741 summarise the Londoner’s view as well as ever:

“Corineus and Gogmagog were two brave giants who richly valued their honour and exerted their whole strength and force in the defence of their liberty and country; so the City of London, by placing these, their representatives in their Guildhall, emblematically declare, that they will, like mighty giants defend the honour of their country and liberties of this their City; which excels all others, as much as those huge giants exceed in stature the common bulk of mankind.”

Gog dan Magog merupakan simbol yang menghubungkan institusi-institusi perniagaan kota London dengan sejarah purbanya. Ini merupakan kelahiran semula mereka yang paling mutakhir yang diabdikan dalam lambang burung phoenix pada perisai Magog yang bermakna- kembali dari api. Pada hari ini, perkataan Thomas Boreman dalam bukunya "Gigantick History" pada tahun 1741 meringkaskan pandangan setiap warga kota London:

"Corineus & Gogmagog adalah sepasang gergasi berani yang menghargai harga diri mereka dan telah menggunakan segala kekuatan mereka untuk mempertahankan kemerdekaan mereka dan kota London. Dengan meletakkan patung-patung mereka di Guildhall, satu ikrar oleh wakil-wakil mereka di Guildhall menyatakan bahawa mereka juga akan mempertahankan kedaulatan kota ini sebagaimana mereka"

Wednesday, May 14, 2008

Ibrahim (Abraham)

7 Jamadil Awal

Dalam kitab Stories of the Prophets- Ibn Kathir, terjemahan Sheikh Muhammad Gemeiah; penerbit Islamic Book Services, New Delhi India, diberikan silsilah nabi Ibrahim sebagai berikut:

Abraham ibn Tarikh ibn Nahur ibn Sarough ibn Raghu ibn Phaligh ibn Aher ibn Shalih ibn Arfghshand ibn Sam ibn Nuh.

Namun begitu, pengarang menyatakan bahawa ianya adalah pendapat ahlul kitab atau israeliyat. Dalam silisilah diatas dinyatakan bahawa nama bapa nabi Ibrahim adalah Tarikh walhal dalam al-Qur'an surah al-An'am disebut bahawa nama bapa baginda adalah Azar. Ulama'-ulama' telah membahathkan perkara ini maka saya tidak mahu mengulas lanjut. Jika silsilah diatas benar, maka nabi Ibrahim adalah keturunan ke-10 nabi Nuh melalui anaknya Sam sedangkan Namrud adalah dari keturunan ke-7 dari anaknya Ham.

Semasa kelahiran nabi Ibrahim, penduduk-penduduk negeri Babil telah pun memulakan amalan menyembah berhala-berhala dan mempercayai terdapatnya hubungan di antara perjalanan bulan dan bintang dengan nasib seseorang. Saat-saat sebelum kelahiran nabi Ibrahim, Namrud telah mengeluarkan arahan agar anak-anak lelaki yang baru dilahirkan dibunuh dengan kejam kerana satu mimpi yang dia alami yang ditafsir oleh ahli-ahli nujum diraja, sebagai ramalan tentang kelahiran seorang bayi lelaki yang akan menghancurkan kerajaan Namrud.

Nabi Ibrahim akhirnya lahir juga ke dunia walaupun seluruh kerajaan Namrud cuba menghalang dari ianya berlaku. Ramalan tentang pertembungan seorang lelaki yang akan berhadapan dengan kebatilan Namrud dan menghancurkannya, telah menjadi satu catatan sejarah yang diabadikan dalam al-Qur'an. Selepas kefahaman batil Namrud berjaya di patahkan, Namrud yang tidak berpuas hati itu telah memerintahkan penangkapan baginda dan memerintahkan agar baginda dibakar hidup-hidup. Ini adalah cubaan terdesak Namrud untuk cuba menegakkan kembali kefahaman palsunya (bahawa dia berkuasa dan mampu mentadbir alam) dikalangan rakyat jelata tetapi sebagaimana yang kita ketahui, cubaan ini juga telah digagalkan oleh ALLAH. Namrud dan penduduk Babil telah ditambahkan penghinaan diatas mereka kerana ALLAH telah menampakkan qudratNya kepada mereka. Nabi Ibrahim telah diselamatkan ALLAH didalam api dimana baginda tinggal didalamnya tanpa terbakar walaupun seurat rambut di badan baginda serta dipelihara dan diberi rezeki juga didalam api.

Selepas berjaya melepaskan diri dari cubaan Namrud untuk membunuh baginda, Nabi Ibrahim dikatakan telah meninggalkan Babil bersama isteri (juga sepupu) baginda Sarah dan anak saudara baginda- Lot. Riwayat-riwayat mengatakan bahawa baginda telah singgah serta tinggal dibeberapa tempat yang telah pun ada penempatan manusia. Diantara tempat persinggahan baginda ialah Mesir. Permulaan persinggahan baginda di Mesir, penguasanya diketahui merupakan seorang yang zalim yang gemar merampas isteri-isteri orang dan mencabul mereka sedangkan suami-suami mereka dibunuh. Namun begitu cubaan jahat penguasa tersebut terhadap Sarah telah digagalkan oleh ALLAH juga. Akhirnya melihatkan kelebihan yang terdapat pada nabi Ibrahim dan keluarganya, raja tersebut telah menghadiahkan anaknya sendiri- Hajar (dalam setengah riwayat namanya adalah Hajra), untuk menjadi pembantu kepada nabi Ibrahim dan Sarah.

Setelah tinggal dengan aman di Mesir untuk beberapa lama, akhirnya baginda telah membuat keputusan agar Lot, yang kemudiannya telah diangkat oleh ALLAH menjadi nabi dan rasul, berhijrah ke timur ke arah Jordan (Sodom dan Gemorah) manakala baginda sendiri berhijrah ke bumi Canaan (Palestin sekarang). Tujuan penghijrahan ini adalah untuk mendakwahkan keesaan ALLAH dikalangan penduduk-penduduk di tempat-tempat tersebut dan juga yang ditemui sepanjang perjalanan mereka. Kebiasaan dizaman itu, nama-nama sesuatu penempatan di beri mengikut nama orang yang mula-mula sampai ke tempat tersebut dan mengasaskan penempatan di situ. Bangsa-bangsa tertentu terbentuk dengan percambahan zuriat manusia yang berkahwin sesama mereka dan membentuk kumpulan-kumpulan penempatan. Penempatan pada awalnya biasanya mengikut kumpulan saudara-mara yang terdekat.

Hayat baginda dan nabi Lot menampakkan perjuangan yang tidak putus-putus untuk menegakkan haq di tengah-tengah kebatilan yang sentiasa cuba ditegakkan oleh manusia-manusia yang menjadikan iblis dan syaitan sebagai ketua-ketua mereka. Namun perancangan ALLAH sentiasa mengatasi perancangan manusia. Pertembungan langsung diantara haq dan batil sentiasa berulang-ulang didalam lipatan sejarah manusia dan akan berterusan sehinggalah ke hari qiamat.

Manusia-manusia dizaman ini juga akan dapat melihat pertembungan yang serupa jika ALLAH mengizinkan kita untuk hidup ke saat itu. Dalam budaya Yahudi dan Keristian, kepercayaan terhadap Argmageddon (pertembungan terakhir) memang diyakini berada diambangnya.

Dilihat dengan secara teliti, perjuangan nabi Ibrahim adalah untuk menghancurkan usaha-usaha:

1. yang cuba menafikan campur tangan pencipta dalam urusan manusia; &
2. kefahaman bahawa manusia mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri.

Pada hari ini, usaha 'revival of Babylon' berlaku secara halus sehinggakan manusia, termasuk mereka yang mengamalkan agama, tidak sedar bahawa mereka terjerat dalam jaringan-jaringan yang cuba menyebar dan menegakkan dakyah ini dalam kehidupan seharian mereka. Usaha ini (sebagaimana akan cuba dibuktikan) pada zaman mutakhir ini, dilakukan oleh keturunan bangsa yang telah diberitahu didalam Qur'an dan hadith Rasulullah saw, oleh bangsa Ya'juj dan Ma'juj atau di kalangan Yahudi dan Keristian, dikenali sebagai Gog and Magog.

Thursday, May 8, 2008

Peringatan & Pemberitahuan

Sebelum saya meneruskan catatan2 dalam blog ini...rasanya perlu diberitahu kepada para pengunjung bahawa jika tidak dinyatakan, maka fakta-fakta yang saya kemukakan di dalam blog ini bukan dari sumber al-Qur'an dan Hadith Rasulullah s.a.w.

Sebabnya ialah kerana matlamat saya adalah:

1. untuk mendedahkan kefahaman orang bukan Islam khususnya Yahudi dan Keristian agar kita memahami apa yang mendorong mereka untuk bertindak sebagaimana apa yang mereka buat pada hari ini;

2. supaya kita umat Islam, jika mendapati apa-apa persamaan dalam amalan kita hari ini dengan orang bukan Islam khususnya Yahudi & Keristian, perlulah kita segera buat muhaasabah samada apa yang kita faham atau amal hari ini benar-benar adalah apa yang Rasulullah s.a.w. bawa kepada umat ini. Ini disebabkan ALLAH s.w.t. dalam surah Fatihah, memerintahkan kita supaya sentiasa meminta perlindungan dari mengikuti cara Yahud (maghdhub: golongan yang dimurkai) & Nasara (Dhalliin: golongan yang sesat)

Babylon (Babil)

3 Jamadil Awal


Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul nama Babylon (Greek); Babilu (Akkadian), Migdal Bavel (Hebrew) atau Burj Babil (Arab).

Satu pendapat mengatakan ianya terbentuk dari 2 perkataan Bab-pintu; dan Il-tuhan dan membawa maksud pintu gerbang tuhan/bandar tuhan.

Pendapat kedua, mengatakan ianya bermakna bahasa yang tidak difahami. Makna yang kedua merujuk kepada peristiwa pembinaan menara Babil (tower of babel) dalam Genesis. Mengikut riwayat tersebut, semasa Nimrod@Namrud memerintah di Babil, semua manusia pada awalnya bertutur didalam satu bahasa. Kemudian Nimrod memerintahkan supaya satu menara yang tinggi yang mencapai tempat persemayam tuhan (God's throne/ arasy ALLAH) dibina. Apabila pencipta melihat bahawa pembinaan menara tersebut dibuat dengan tujuan untuk menunjukkan keangkuhan manusia, tuhan telah mempelbagaikan bahasa-bahasa manusia agar mereka tidak memahami pertuturan satu sama lain dan kerja-kerja pembinaan menara tersebut terhalang.

Berdasarkan kepada riwayat yang kedua inilah puak Freemasons, (dimana perkataan Freemasons membawa makna "tukang-bina bebas"), mengiktiraf Nimrod @ Namrud sebagai pengasas kepada kumpulan mereka. Pembinaan menara Babil adalah simbol kepada pembinaan satu budaya atau kefahaman. Menara Babel ini juga dilihat oleh sesetengah orang Keristian sebagai melambangkan dosa manusia. Pada hari ini di barat, Babylon tidak hanya dirujuk sebagai satu bandar kuno lama yang pernah ujud di atas muka bumi, tetapi mereka lebih melihat Babylon sebagai satu simbol kebudayaan atau kefahaman yang ingin dibina semula di era zaman moden hari ini. Budaya atau kefahaman ini adalah budaya atau kefahaman bahawa manusia tidak perlu kepada tuhan untuk mencampuri urusan hidup mereka. Kefahaman ini sentiasa diberi nafas baru dalam tamaddun manusia sepanjang zaman dan dia datang dalam pelbagai bentuk dan istilah, cuma sejak abad 18-rujukan khusus telah diberikan kepada Babylon i.e Babil. Diantara falsafah dalam kehidupan manusia moden, sekularisma adalah yang -paling hebat diperjuangkan oleh orang barat. Istilah "secularism" di mulakan oleh seorang BRITISH yang bernama George Jacob Holyoake pada tahun 1846. Ia bermakna: satu kefahaman bahawa agama tidak boleh mempengaruhi urusan awam dan kerajaan ("tuhan jangan campur tangan dalam urusan manusia").

{A position that religious belief should not influence public and governmental decisions : http://en.wiktionary.org/wiki/secularism}

WALLAHu a'lam, kita takjub bahawa ALLAH s.w.t. boleh memberi rujukan khas kepada Babil dalam al-Qur'an memandangkan pada hari ini dunia barat sememangnya cuba menghidupkan kembali kefahaman dan elemen-elemen dalam masyarakat Babil kuno.

Selain dari merupakan tempat dimana sihir lahir (merujuk kepada ayat dalam surah al-Baqarah), ilmu-ilmu lain yang berkait dengan sihir seperti kajian bintang juga dikatakan bermula di Babylon.






History of Astrology



Astrology
A Brief History of the Oldest Science Known to Humankind


Sometimes they're uncanny in their accuracy; other times they hit a bit off the mark. Nearly always, horoscopes are good entertainment. But Astrology is far more complex than a daily horoscope-and it's not just for fun. Contrary to its popular but erroneous reputation as a New Age subject, Astrology is actually an ancient science that predates both astronomy and psychology. Studied and used throughout the world for thousands of years, Astrology is the study of the interactions among the Stars and the Planets, based on intricate mathematical cycles.

The earliest known astrological records date back to Babylon, 1645 BC, and the earliest horoscope to 410 BC. Astrology's origins can also be traced to several other locations and cultures, including Egypt, which developed sophisticated timekeeping and calendar science; Greece, where Ptolemy authored influential astrological and astronomical texts; and Rome, where many of the most learned men-including two emperors-were astrologers who wrote laws and counseled citizens based on the Stars.

(Dipetik: http://www.astrology.com/aboutastrology/overview/history/ )

Terjemahan ringkas: Kadangkala ketepatan astrology (horoskop) menghairankan kita tetapi kerapkali juga apa yang diberitahu tidak tepat langsung. Ramai yang membaca horoskop mereka sebagai satu bentuk hiburan. Bercanggah dengan kefahaman umum, horoskop bukanlah satu bidang baru tetapi merupakan satu bidang sains kuno dan asal-usulnya jauh lebih awal dari bidang astronomy & psikologi. Astrology adalah kajian mengenai hubungan diantara planet-planet dan bintang-bintang yang di buat mengikut kiraan-kiraan matematik. Astrology dikatakan bermula di Babylon (Babil) dan pengaruhnya menular ke zaman pemerintahan kerajaan Mesir, Rom dan Yunani.




Tuesday, May 6, 2008

Nimrod (Namrud)


29 Rabi'ul Thani

Mengikut satu riwayat, dia adalah Namrud anak Cush anak Ham anak Nuh (cicit nabi Nuh). Terdapat dua pendapat mengenai makna namanya : 1) pemburu handalan 2) si tolol. Orang-orang Yahud dan Nasara mempercayai bahawa dia adalah pengasas bandar Babylon atau Babil. Babil ada disebut dalam surah al-Baqarah ayat 102:

"...Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri BABIL..."

Babylon bukanlah bandar yang pertama dibina selepas banjir besar zaman nabi Nuh. Sebenarnya dalam kisah-kisah ambiya, diceritakan mengenai dua bandar (dan dua kaum) yang telah dimusnahkan oleh ALLAH sebelum kisah Nimrod dan Babil lagi iaitu kaum Ad di kawasan Yaman sekarang dan kaum Thamud di Midian (Jordan sekarang). Ad dan Thamud adalah rujukan kepada nama-nama manusia dari keturunan Sam.

Nimrod juga dipercayai merupakan manusia pertama yang menggelarkan dirinya sebagai raja diatas muka bumi. Dari dia jugalah bermulanya falsafah bahawa raja adalah wakil pemerintahan tuhan di bumi (divine rule on earth). Nimrod juga adalah raja yang dimaksudkan dalam al-Qur'an sebagai raja yang berhujah dan seterusnya memerintahkan nabi Ibrahim (bapa kepada agama-agama samawi: Yahud, Nasara & Islam) dibakar (al-Baqarah:258).

Dalam Encyclopaedia of Freemasonry karangan Albert G. Mackey M.D.(rank 33 degree; rank tertinggi dalam Freemason) , penerbitnya Masonic History Company New York & London yang diterbitkan pada tahun 1914 , Nimrod dianggap dalam Freemasons sebagai pengasas kepada falsafah dan budaya Freemasons. Lagi mengenai Freemasons akan disentuh dalam catatan-catatan akan datang insyaALLAH.

Dalam masa pemerintahannya, Nimrod telah memerintahkan rakyatnya membina satu menara yang tinggi yang dikenali sebagai menara Babil (Tower of Babel). Dalam Genesis, diceritakan bahawa menara ini dibina kerana manusia ingin bersemuka dengan tuhan dan mengarahkanNya (nau'zubILLAH) supaya tidak campur tangan dalam urusan-urusan manusia.

Di Israel hari ini, nama Nimrod merupakan nama yang termasyhur diberi kepada bayi-bayi yang baru lahir. Artikle dibawah adalah petikan dari wikipedia.

A secular hero in Israel

The main founders and leaders of Zionism in the late Nineteenth and early Twentieth Century were mostly non-religious, sometimes anti-religious. Zionist thinkers, historians and writers reinterpreted the whole of Jewish history (including, and especially, the Bible) from a secular nationalist viewpoint considerably different from and sometimes diametrically opposite to the religious Jewish tradition.

Specifically, the search went on for past historical or mythical figures who could be depicted as National Heroes, such as those which inspired the European national movements of the 19th Century. Those fitting the role were often placed on pedestals even when Jewish tradition frowned upon or strongly condemned them (for example King Omri of ancient Israel, which the Bible describes as an evil idolater but which Zionists approved of as a victorious warrior king and the founder of a strong dynasty).

Sculptor Yitzhak Danziger, who was born in Germany and emigrated to the then British Mandate of Palestine, created his statue "Nimrod" in 1938-1939 .

The "Nimrod" statue [6] is 90 centimetres high and made of Red Nubian Sandstone imported from Petra in Jordan. It depicts Nimrod as a naked hunter, uncircumcised, carrying a bow and with a hawk on his shoulder. The style shows the influence of Ancient Egyptian statues. (See Hebrew website with a photo [7])

The unveiling of the statue caused a scandal. The Hebrew University of Jerusalem which had commissioned Danziger's statue was not happy with the result and religious circles made strong protests.

Within a few years, however, the statue was universally acclaimed as a major masterpiece of Israeli art, and has noticeably influenced and inspired the work of later sculptors, painters, writers and poets up to the present.

The Nimrod Statue was also taken up as the emblem of a cultural-political movement known as "The Cannanites" which advocated the shrugging off of the Jewish religious tradition, cutting off relations with Diaspora Jews and their culture, and adopt in its place a "Hebrew Identity" based on ancient Semitic heroic myths - such as Nimrod's. Though never gaining mass support, the movement had a considerable influence on Israeli intellectuals in the 1940s and early 1950s.

One tangible lasting result is that "Nimrod" has become a fairly common male name in present-day Israel. In the 1940s, bestowing it upon a newborn child was something of political statement. In the present generation, however, it is taken simply as a name like any other (as English-speaking parents giving their child the name "George" do not necessarily spend much thought on the legendary dragon-slaying saint who bore that name).

Saturday, May 3, 2008

Mesopotamia

26 Rabi'ul Thani

Banjir besar yang menenggelamkan manusia-manusia yang degil dan engkar dengan suruhan-suruhan ALLAH telah menghasilkan satu kawasan dataran yang subur yang dikenali hari ini sebagai kawasan Mesopotamia. Kawasan ini meliputi satu kawasan yang agak luas disepanjang sungai Tigris dan Eupharates atau Iraq pada hari ini.

Mesopotamia kemudiannya telah diduduki oleh pengikut-pengikut nabi Nuh dan generasi-generasi yang datang selepas mereka. Pertanian merupakan aktiviti awal manusia dan kawasan Mesopotamia menyediakan satu kawasan yang subur bagi manusia untuk bercucuk tanam. Perkembangan zuriat manusia kemudiannya membawa kepada terbentuknya satu sistem kemasyarakatan yang tersusun dan bermulalah era tamuddun kompleks dalam sejarah manusia. Diantara tamaddun-tamaddun yang ujud di sini adalah Assyria (sumerian) & Akaddian tetapi yang paling mahsyur yang perlu diketahui oleh kita semua pada zaman moden ini untuk memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dunia hari ini adalah tamaddun Babylon. Berkait rapat dengan tamaddun Babylon, adalah seorang tokoh yang perlu juga kita mengenali -Nimrod (Namrud).