Sunday, July 6, 2008

Dajjal?

3 Rejab

Begitu banyak riwayat-riwayat mengenai dajjal yang berlegar dalam kehidupan orang Islam dewasa ini. Antara riwayat-riwayat ini ada yang dipetik dari kitab-kitab hadith yang sahih seperti sahih Bukhari, Muslim dan Jami' Termizi. Dalam pada itu juga, terdapat banyak juga riwayat-riwayat yang tersebar tidak dikenal pasti mana sumbernya.

Ramalan keluarnya dajjal pada akhir zaman dikongsi oleh kedua-dua agama Islam & Keristian. Ramai umat Islam percaya bahawa dajjal yang kelak keluar adalah penyelamat yang ditunggu-tunggu oleh orang Yahudi & Keristian (Messiah) manakala dalam pada itu, ramai orang-orang Keristian pula percaya bahawa dajjal/antichrist dalam kepercayaan mereka, adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

Namun begitu, satu kumpulan kecil dalam Keristian mempunyai kepercayaan yang berbeza. Kumpulan ini menamakan diri mereka Presents of God Ministry (POGM) dan mereka cuba membongkarkan kepalsuan dan pendustaan yang telah dibawa berkurun lamanya oleh pihak Roman Catholic Church (RCC) yang dominant hari ini. Kumpulan POGM berpegang kepada kesucian hari sabtu (sabbath) yang menurut mereka, telah dimusnahkan oleh pihak RCC. Apa yang menarik juga mengenai kumpulan POGM ini adalah kepercayaan mereka tentang antichrist/dajjal. Sungguhpun terdapat lojik dalam hujjah-hujjah mereka (mengenai dajjal), kepercayaan asas kumpulan POGM tentang sifat ketuhanan yang dimiliki oleh Jesus (nabi Isa) sebagaimana yang dipegang oleh mazhab-mazhab Keristian lain tetap tidak berubah. Mari kita lihat dan selami kefahaman mereka tentang dajjal sebagai satu pengetahuan am.