Tuesday, December 23, 2008

Perangkap & Fitnah Bank-bhg.1

Kedudukan sistem perbankan merupakan satu keperluan didalam kehidupan manusia hari ini. Di anatara fungsi-fungsi bank yang diterima umum oleh manusia adalah:

1. sebagai sebuah tempat yang selamat untuk menyimpan wang;
2. institusi pinjaman;
3. medium untuk penghantaran wang ke luar negara.

Peranan dan penggunaan medium bank yang begitu meluas telah menjadikannya sebuah institusi yang membabitkan hampir semua manusia didalam dunia. Hasilnya, manusia tidak nampak akan fitnah besar padanya khususnya dari sudut aqidah. Dengan timbulnya pula sistem perbankan Islam, maka fitnah ini menjadi lebih kabur lagi.

Bila disebut dajjal, maka yang berkait dengannya adalah satu penipuan yang sukar disingkap. Berbeza dengan istilah kazzab yang membawa maksud pendusta juga, apabila disingkap akan pembohongan seseorang yang kaazib maka akan nampak dengan jelas pendustaan yang dibawa olehnya. Pembohongan dajjal tidak mudah disingkap malahan apabila disingkap 2-3 lapis sekalipun, orang ramai masih tidak berupaya untuk melihat akan pembohongan dan fitnah yang di bawa olehnya. Dalam riwayat hadith-hadith tentang peristiwa akhir zaman, dikatakan bahawa tidak ada satu fitnah yang pernah datang kepada manusia sejak manusia berada di atas muka bumi lebih dari fitnah dajjal. Seluruh nabi-nabi telah menceritakan kepada umat mereka tentang fitnah ini. Dajjal dikatakan akan memasuki setiap rumah-rumah manusia didalam dunia ini apabila ia keluar. Hanya orang yang benar-benar beriman (iman secara haqiqi) sahaja berupaya mengenal dajjal serta pendustaannya. Dajjal juga akan membawa syurga & neraka. Syurganya merupakan neraka bagi orang-orang beiman dan nerakanya adalah sebenarnya syurga. Dia dikatakan memiliki kehebatan ilmu sihir (sesuatu yang kelihatan seperti nyata tetapi pada hakikatnya tidak).

Cuba ambil matan hadith-hadith ini secara simbolik (maknawi), dan kaitkan ianya dengan sistem perbankan pada hari ini(conventional atau Islamic)- apa komen anda?

Lebih lanjut mengenai perkara ini didalam paparan akan datang.

Wednesday, December 10, 2008

The Money Masters

Diantara fitnah akhir zaman ialah penglibatan setiap manusia dengan riba. Walau macam mana pun seseorang itu cuba mengelakkan dirinya, ia tetap akan terkena juga asap fitnah ini.

Wednesday, August 20, 2008

Perang Berleluasa Di Akhir Zaman

Banyaknya pertumpahan darah khususnya darah orang Islam di akhir zaman.



Monday, August 18, 2008

Kepelikan Akhir Zaman - Kubah Masjid Terbang



Perkara-perkara pelik semakin banyak, kemajuan science & teknologi juga satu kepelikan sehingga di kategorikan sebagai sebahagian dari cabang sihir oleh ulama'-ulama' terdahulu. Namun keajaiban ALLAH dalam segala kejadianNYA tetap terhijab dari mata hati manusia.

Sunday, July 6, 2008

Dajjal?

3 Rejab

Begitu banyak riwayat-riwayat mengenai dajjal yang berlegar dalam kehidupan orang Islam dewasa ini. Antara riwayat-riwayat ini ada yang dipetik dari kitab-kitab hadith yang sahih seperti sahih Bukhari, Muslim dan Jami' Termizi. Dalam pada itu juga, terdapat banyak juga riwayat-riwayat yang tersebar tidak dikenal pasti mana sumbernya.

Ramalan keluarnya dajjal pada akhir zaman dikongsi oleh kedua-dua agama Islam & Keristian. Ramai umat Islam percaya bahawa dajjal yang kelak keluar adalah penyelamat yang ditunggu-tunggu oleh orang Yahudi & Keristian (Messiah) manakala dalam pada itu, ramai orang-orang Keristian pula percaya bahawa dajjal/antichrist dalam kepercayaan mereka, adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

Namun begitu, satu kumpulan kecil dalam Keristian mempunyai kepercayaan yang berbeza. Kumpulan ini menamakan diri mereka Presents of God Ministry (POGM) dan mereka cuba membongkarkan kepalsuan dan pendustaan yang telah dibawa berkurun lamanya oleh pihak Roman Catholic Church (RCC) yang dominant hari ini. Kumpulan POGM berpegang kepada kesucian hari sabtu (sabbath) yang menurut mereka, telah dimusnahkan oleh pihak RCC. Apa yang menarik juga mengenai kumpulan POGM ini adalah kepercayaan mereka tentang antichrist/dajjal. Sungguhpun terdapat lojik dalam hujjah-hujjah mereka (mengenai dajjal), kepercayaan asas kumpulan POGM tentang sifat ketuhanan yang dimiliki oleh Jesus (nabi Isa) sebagaimana yang dipegang oleh mazhab-mazhab Keristian lain tetap tidak berubah. Mari kita lihat dan selami kefahaman mereka tentang dajjal sebagai satu pengetahuan am.






Friday, June 20, 2008

Gempa bumi di tiga tempat (bhg.2)





Gempa bumi di barat? Izmit, Turki 17 Ogos 1999, namun begitu satu gempa bumi juga telah berlaku di Turki pada 26 DISEMBER, 1939. 40,000 nyawa terkorban.