Monday, April 28, 2008

Anugerah Yang Maha Memberi Anugerah

Tanggal 3 Rabiul Akhir 1429 Hijrah, aku bangun dari tidur setelah menerima kunjungan kekasihku baginda Nabi Muhammad saw dalam mimpi. Ini adalah anugerah kali ketiga sepanjang hayatku menerima kunjungan baginda tetapi yang paling meninggalakan kesan. Ku coretkan disini perjalanan mimpi tersebut.

Aku lihat baginda berjalan dicelah-celah orang ramai. Berbeza dengan dua mimpi ku yang sebelum ini, aku melihat baginda dengan amat jelas sekali. Berpakaian jubah , seluar dan serban yang semuanya serba putih. Janggut dan mata baginda berkilau-kilauan seperti permata. Satu perkara yang jelas dalam mimpi ku itu, tidak ada seorang pun manusia yang mengerumuni baginda seolah-olah mereka tidak kenal siapakah gerangan orang yang berjalan dikalangan mereka.

Naluri ku dalam mimpi mengatakan itulah kekasih ku baginda nabi Muhammad saw maka aku pergi untuk mendapatkannya. Apabila ku hampir dengan baginda, aku memegang kedua-dua lengannya dan meminta izin untuk memeluk baginda. Ku terpaksa mengajukan permintaan ku dengan mendongak kerana baginda terlebih tinggi dari ku . Pada mulanya baginda kurang memahami pertanyaan ku maka aku ulangi sekali lagi...baginda kemudiannya tunduk dan aku pun mengambil isyarat ini sebagai kebenaran untuk memeluk baginda. Ku memeluk baginda dengan erat dan dalam masa yang sama, tidak melepaskan peluang itu untuk mencium pipi kanan baginda sekali.

Seterusnya aku tanya baginda berapa lama baginda bercadang tinggal di Malaysia. Pantas baginda menjawab "tidak lama, saya akan pulang sebelum zuhur". Jawapan baginda tersebut membuat aku menangis teresak-esak macam anak kecil dan aku merayu baginda agar tinggal di sini lebih lama lagi, namun baginda berlalu pergi. Aku melihat baginda berlalu dan ianya diiringi tangisan yang semakin kuat esakannya. Tiba-tiba...baginda menoleh semula, aku lihat perubahan dalam wajah baginda dan cara baginda berpakaian. Baginda kelihatan muda dalam lingkungan umur 30'an dan tidak berjanggut! Pakaian baginda juga berubah, seperti pakaian orang zaman sekarang, berkemeja dan siap kot sekali! Wajah yang ku lihat tadi sudah jauh berbeza tetapi naluri ku dalam mimpi tetap mengenalinya sebagai rasulullah. Lalu dia melemparkan satu senyuman pada ku dan berkata "jangan risau, walaupun saya di Saudi dan anda di sini, kita berdua seperti dekat", lalu isyarat dua jari, jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan ditunjukkan padaku. Selepas itu aku pun terjaga dari tidur.

Aku bingkas bangun dan melihat jam menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Maka aku termenung sebentar memikirkan perjalanan mimpi ku tadi "betul ke apa yang aku mimpi?" Aku bangun mengambil wudhu' lalu mengerjakan solat 2 rakaat.

Keesokkan paginya aku menghantar sms kepada rakan baikku Ustaz R yang merupakan seorang yang ahli dalam tadbir mimpi. Beliau kemudian menalipon ku dan berkata "Mubarak!". Ustaz seolah-olah tahu ada persoalan yang bermain dalam fikiran ku dan lantas berkata, jika melihat seorang didalam mimpi yang telah meninggal dunia/wafat yang asalnya berjanggut tetapi dalam mimpi keadaannya tidak berjanggut, itu isyarat dia adalah ahli syurga kerana lelaki didalam syurga tidak berjanggut. Hati ku menjadi lega kerana walaupun aku tahu iblis dan syaitan tidak boleh menyerupai nabi dalam mimpi, keadaan aku melihat rasulullah di akhir mimpiku itu membuat aku dipenuhi syak.

Beberapa hari selepas itu aku membentangkan mimpi ku itu kepada ustaz ku, ustaz M...beliau juga berkata "mubarak, baginda mengisyaratkan kefahaman aku mengenai perjalanan perjuangan baginda sudah berada pada landasan yang betul, namun begitu mimpi ku juga terdapat isyarat lain, kebanyakkan manusia khususnya di Malaysia, sudah tidak lagi memperdulikan perjuangan asal baginda. Mereka telah banyak mengubah kefahaman asal yang nabi bawa kepada umatnya."

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi diatas anugerah mimpi tersebut dan mengharapkan berkali-kali lagi kunjungan baginda dalam mimpi ku dengan memberi lebih banyak lagi berita gembira.

1 comment:

Hairi said...

Assalamualaikum tuan,
Syukran kerana beri peluang utk saya mengikuti tulisan tuan. Pada pendapat saya, tak semua org dikurniakan ability utk menulis apatah lagi memahami sebenarnya apa yang ditulis.
Boleh diperbaiki dengan menambah imej langsung pada teks.
Saya menjangkakan banyak masa diperlukan utk perkara ini; research, reading, synthesis, compose words, etc. Tak semua orang mampu, tak semua orang mahu. Tapi Allah telah beri kelebihan pada tuan, insyaAllah teruskan niat suci ini. Alhamdulillah dan syukran sekali lagi.