Wednesday, April 30, 2008

Sons Of Noah

25 Rabiul Akhir

"Sons of Noah", itulah tajuk catatan hari ini. Kenapa saya tidak letakkan tajuknya dalam Melayu i.e Anak-anak Nuh? Sebabnya ialah kerana fakta-fakta yang akan dikemukakan ini banyak bersumber dari kitab-kitab keristian dan penulis barat. Bukan tidak ada kitab atau buku yang ditulis oleh orang Islam mengenai perkara ini, tetapi kesimpulan yang saya dapat buat dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis Islam, sumber asal fakta-faktanya banyak didapati dari sumber israeliat juga. Dalam uslub al-Qur'an, kisah-kisah ambiya' dan kaum-kaum terdahulu hanya diceritakan secara ringkas, begitu juga didalam hadith rasulullah saw (mungkin saya silap kerana ini perspektif dari kedudukan saya sebagai orang awam yakni bukan a'lim).

Satu sumber rujukan mengenai sejarah perkembangan keturunan manusia yang digunakan oleh penganut agama Keristian dan sebilangan besar ahli akademik barat ialah apa yang dinamakan Table Of Nations(ToN). Fakta-fakta dalam ToN diambil dari kitab Torah (Old Testament) dalam Genesis 10. Diantara beberapa kritikan terhadap fakta-fakta dari Genesis 10 ialah ianya bukan fakta sejarah sebenar tetapi riwayat-riwayat tradisi memandangkan kitab bible yang ada pada zaman sekarang telah melalui beberapa fasa pengeditan sebelum edisi yang terakhir pada abad ke-7 dikeluarkan. Bagi pihak yang menganggapnya sebagai fakta sejarah pula, ada sebilangan dari mereka berpendapat bahawa ianya hanya menerangkan hubungan-hubungan manusia setempat di persekitaran benua Timur lama dan bukan untuk manusia seluruh dunia.

ToN menerangkan bahawa kesemua bangsa manusia adalah dari keturunan tiga orang anak nabi Nuh bersama isteri-isteri mereka. Ketiga-tiga nak nabi Nuh itu adalah:

1. Sam : bapa bagi bangsa-bangsa benua Arab
2. Ham : bapa bagi bangsa-bangsa benua Afrika
3. Yafith : bapa bagi bangsa-bangsa Eurasia (Europe + Asia)

Selanjutnya, ToN memberikan pula nama-nama generasi kedua seperti berikut:

* The sons of Japheth: Gomer, Magog, Madai, Javan, Tubal, Meshech and Tiras.
* The sons of Ham: Cush, Mizraim, Put, and Canaan.
* The sons of Shem: Elam, Asshur, Arpachshad, Lud and Aram.

Terperincian untuk generasi-generasi seterusnya boleh juga didapati dari sumber kedua seperti wikipedia di http://en.wikipedia.org/wiki/Table_of_nations.
Namun bagi tujuan pembentangan mesej penting saya untuk umat Islam, cukup sekadar apa yang telah dinyatakan di atas.

No comments: