Tuesday, April 29, 2008

Selepas Banjir

23 Rabi'ul Akhir, 1429

Banjir di KL? Bukan satu fenomena yang menghairankan bagi warga lembah kelang. Musim hujan lebat yang melanda pantai barat semenanjung kebelakangan ini memberi ilham kepada saya di mana seharusnya saya mulakan pembentangan satu kajian yang telah saya jalankan sejak sekian lama.

Banjir yang saya maksudkan dalam tajuk catatan ini bukanlah banjir kilat yang berlaku di KL, tetapi kepada banjir yang berlaku beribu tahun dahulu.

"...Evidence of a major flood just over 6,000 years ago has been found around Ur, where a layer of water-laid clay two and a half meters deep covers an area of more than 100,000 square kilometers. This amounts to a spread across the entire width of the Tigris-Euphrates valley from north of modern Baghdad to the coast of the Persian Gulf in what now includes parts of Iraq, Iran and Kuwait."
- Christopher Knight & Robert Lomas, The Hiram Key: Pharaohs, Freemasons and the Discovery of the Secret Scrolls of Jesus


Banjir ini sepertimana setiap orang Islam yang membaca al-Qur'an dan memahami isinya tahu, telah menghapuskan manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH. (Rujukan surah: Aa'raaf: 59, 66; Hud: 25, 32, 36, 42, 45, 46, 48, 89; Mu'minun: 23; Shura: 13; Qamar: 9; Nuh:1, 21, 26).

Sebelum berlakunya banjir besar tersebut, bangsa manusia tidak memiliki tamadun yang kompleks. Tamadun, boleh dimengertikan sebagai penyusunan manusia mengikut fungsi-fungsi mereka dalam masyarakat dan di tadbir mengikut peraturan-peraturan tertentu. Orang-orang Islam percaya bahawa semasa Nabi Nuh dihantar kepada kaumnya, kaumnya telah meninggalkan segala garis panduan hidup yang telah diwahyukan kepada Nabi Adam a.s. (dan selepasnya nabi Syith a.s.) Manusia mula cenderung kepada mengikuti naluri keinginan mereka yang menghasilkan masyarakat yang mengikuti cara kehidupan rimba- yang kuat menindas yang lemah serta melakukan pelbagai perbuatan-perbuatan yang mengucar-kacirkan peradaban sesama manusia.

Tamadun manusia yang terbentuk hari ini, adalah kesinambungan satu sejarah lama yang terbentuk selepas peristiwa banjir besar tidak kurang dari 6,000 tahun dahulu. Setiap orang Islam yang ingin benar-benar memahami peristiwa-peistiwa yang berlaku dalam dunia hari, harus memahami sejarah tersebut. Kita sebagai orang Islam berpegang bahawa sejak dari awal lagi ALLAH swt telah membimbing manusia dengan peraturan-peraturan hidup, tidak sepertimana orang-orang yang memiliki kefahaman atheist yang percaya bahawa manusia bermula dari species beruk dan kemudiannya telah melalui evolusi sehingga menjadi manusia "bijak" yang mendiami bumi hari ini.



No comments: