Friday, June 20, 2008

Gempa bumi di tiga tempat (bhg.2)





Gempa bumi di barat? Izmit, Turki 17 Ogos 1999, namun begitu satu gempa bumi juga telah berlaku di Turki pada 26 DISEMBER, 1939. 40,000 nyawa terkorban.

Thursday, June 19, 2008

Gempa bumi di tiga tempat



Gempa bumi disebelah timur? Tsunami Acheh, 26 Disember 2004. Juga pada 26 Disember 1932, satu gempa bumi telah berlaku di Cina. Angka yang terkorban 70,000.

Wednesday, June 11, 2008

Dukhan (asap)


Semasa melihat letupan pertama bom atom dalam tahun 1946, ketua saintis dalam Project Manhattan (atau yang dinamakan juga projek TRINITY)- J.Robert Oppenheimer telah membuat rujukan kepada satu ungkapan dewa Sri Bhagavan yang dipetik dari kitab hindu Bhagavad Gita: "and now I have become DEATH!" (sekarang saya telah menjadi maut).

Thursday, May 29, 2008

Terbitnya Matahari dari Tempat Tenggelamnya


Khamis. 29 Mei, 2008

Hari ini saya mulakan catatan saya dengan tahun masehi. Kenapa agaknya anda semua bertanya? Semasa saya membuat catatan ini, masa menunjukkan pukul 10:57 pagi Khamis pada jam hand phone saya (saya jarang pakai jam tangan). Pada masa yang sama, waktu dibeberapa bandar di dunia adalah seperti berikut: 5.57 pagi Khamis di Riyadh dan 21.57 malam hari Rabu di Washington D.C.

Bagaimanakah masa ditetapkan atau lebih tepat lagi- bagaimana ianya telah diseragamkan? Semestinya dalam apa jua bentuk ukuran yang digunakan oleh manusia, satu kata sepakat untuk meletakkan satu standard yang diterima semua, tentunya telah dicapai terlebih dahulu. Manusia sudah tentunya tidak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian sesama mereka jika setiap orang menggunakan ukuran-ukuran yang berbeza. Penetapan hari, minggu, tahun atau dalam ertikata lain 'masa', menggunakan fenomena putaran bumi diatas paksinya serta peredarannya mengelilingi matahari. Hari dalam sistem shamsi/matahari/gregorian bermula dengan terbitnya matahari. Berbeza dengan sistem qamari/bulan/hijri, dimana hari bermula dengan terbitnya bulan (waktu maghrib dikira permulaan hari.)

Memandangkan bumi kita berbentuk 'bulat', tidak semua tempat menerima cahaya matahari serentak maka kerana itulah timbulnya perbezaan masa. Tempat atau negara mana yang diberi keutamaan untuk menjadi tempat rujukan permulaan hari? Satu pepatah Jepun yang mahsyur menerangkan negara mereka sebagai NEGARA MATAHARI TERBIT (Land of the Rising Sun). Dalam konteks kehidupan manusia hari ini, dunia tidak menganggap bahawa Jepun sebagai tempat mulanya matahari terbit. Jadi bolehlah kita anggap bahawa orang Jepun "syok sendiri"!. Tempat yang digunakan sebagai rujukan mulanya matahari terbit adalah Greenwich, sebuah pekan kecil di England yang diletakkan pada longitud bumi "0" darjah dan dikenali sebagai Prime Meridian. Penetapan ini telah diputuskan di Conference Meridian Antarabangsa di Washington D.C pada tahun 1884 di atas permintaan Presiden Amerika ketika itu, Chester A. Arthur. Penetapan ini bermakna bahawa pada saat itu, dunia telah memutuskan bahawa MATAHARI TERBIT DARI BARAT.

Maka sekali lagi manusia khususnya bangsa Gog Magog, ingin menafikan campur tangan tuhan dalam pengurusan mereka. Berapa ramai diantara kita yang bersubahat atau pun paling tidak, mengiktiraf perbuatan mereka?

Monday, May 26, 2008

Gog & Magog: Pengakuan Ketiga Mereka

22 Jamadil Awal

Dipetik dari tulisan Mike Gascoigne seorang penulis sejarah yang berasal dari England:

The ancestry of the English royal family can be traced back through the Scottish and then the Irish royal lines, and then back to Magog the grandson of Noah, and back to Adam. If you can trace your ancestry to the English royal line, you can trace it back to Adam. There are many generations of the English monarchy, and millions of people have descended from them.

Silsilah keturunan keluarga diraja Inggeris bertemu dengan silsilah keturunan keluarga diraja Scottish dan Irish, kemudian melalui MAGOG, cucu kepada Nuh dan seterusnya sampai ke Adam. Jika sekiranya kamu boleh mengaitkan keturunan kamu dengan keluarga diraja Inggeris, maka kamu boleh menjumpai silsilah keturunan kamu sampai ke Adam. Terdapat banyak generasi keluarga diraja Inggeris, dan zuriat-zuriat mereka bertebaran dengan meluasnya.

Banyak dokumen-dokumen yang mengesahkan keturunan orang-orang Eropah sebagai keturunan Yafith khususnya melalui anak-anaknya Gomer dan MAGOG. Dalam pada itu keluarga-keluarga diraja Eropah seperti mana-mana keluarga diraja di dalam dunia, sememangnya menyimpan silsilah keturunan mereka yang panjang. Silsilah-silsilah ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa mereka adalah titipan zuriat MAGOG atau dalam kefahaman Islam-Ma'juj. Untuk melihat satu contoh, pergi ke pautan 'Silsilah Maebh Belle Pyles' dalam blog ini, kemudian klik "Geneology of Maebh Belle Pyles" dalam laman asalnya. Dengan semua bukti-bukti ini, masih lagikah orang-orang Islam ingin mempercayai bahawa satu pun tanda-tanda besar qiamat belum muncul?

Gog & Magog: Pengakuan Kedua Mereka

21 Jamadil Awal

Petikan dari Table of Nations tulisan Tim Osterham:

The Japhetic people are, in general, the peoples of India and Europe (Indo-European stock), with which any demographer is familiar10.

Keturunan Yafith secara umumnya adalah bangsa-bangsa India dan Eropah, juga mana-mana bangsa yang boleh dikaitkan dengan mereka.

1The whole Celtic race has been regarded as descended from Gomer, though history suggests modern Celts are descended from both Gomer and Magog. Archaeologists and ethnologists agree that the first Indo-European group to spread across Europe were Celts. The Irish Celts claim to be to the descendants of Magog, while the Welsh Celts claim to be to the descendants of Gomer. Irish chronicles, genealogies, plus an extensive number of manuscripts which have survived from ancient times, reveal their roots.

Bangsa Celtic diakui ramai sebagai keturunan Gomer, walaupun begitu para ahli sejarah lebih cenderung untuk melihat mereka sebagai keturunan Gomer dan juga Magog. Para archaelogists & ethnologist pula bersetuju bahawa kumpulan Indo-Eropah yang pertama menduduki Eropah adalah orang-orang Celt. Puak Irish Celt mengaku mereka adalah keturunan Magog manakala puak Welsh Celt pula lebih cenderung mengatakan mereka adalah keturunan Gomer. Sumber-sumber ini datang dari kitab-kitab dan carta-carta silsilah purba Irish.

Sunday, May 25, 2008

10 Tanda Besar Hari Qiamat

20 Jamadil Awal

Bagi yang sememangnya tidak tahu langsung tentang Gog-Magog atau Ya'juj-Ma'juj, di sini saya turunkan terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris, hadith riwayat Imam Muslim mengenai 10 tanda besar sebelum berlakunya hari QIAMAT. Terjemahan ini bukan terjemahan saya sendiri, tetapi dari dua sumber yang berlainan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa apa yang di sebutkan sebagai Ya'juj-Ma'juj dalam budaya Islam, adalah Gog-Magog dalam budaya bukan Islam.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslim)

Imam Muslim records in his Saheeh:

Hudhaifa b. Usaid Ghifari narrated, “God’s Messenger came to us all of a sudden as we were (busy in a discussion). He said, ‘What are you discussing?’ They (the Companions) said, ‘We are discussing the Last Hour.’ Thereupon he said, ‘It will not come until you see ten signs before it.’ And (in this connection) he made a mention of the smoke, Dajjaal, the beast, the rising of the sun from the west, the descent of Jesus son of Mary (may God praise them), Gog and Magog, and landslides in three places, one in the east, one in the west and one in Arabia, at the end of which a fire would burn forth from the Yemen and drive people to the place of their assembly.’”

Ramai umat Islam hari ini leka dengan keadaan bahawa hari Qiamat tidak akan berlaku dalam masa terdekat di atas alasan tidak nampak tanda-tanda besarnya lagi. Ramai yang belajar hadith atau yang ada sedikit-sebanyak pengetahuan agama, melihat hadith-hadith hari qiamat pada sudut zahirnya, sedangkan Rasulullah saw mengkhabarkan tanda-tandanya 1400 tahun dahulu dalam suasana kehidupan manusia tidak ada gambaran langsung tentang keadaan yang akan ujud pada hari ini seperti penemuan minyak, kuasa letrik, ciptaan kereta, talipon dsb. Dalam keadaan begitu, banyak yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw semestinya adalah dalam bentuk KIASAN. Jika dikaji kitab-kitab testament lama dan baru sendiri, khususnya dalam "Book of Revelation" yang banyak menceritakan ramalan-ramalan hari qiamat (apocalypse), kita akan dapati perbahasan dikalangan bijak-pandai yahudi dan keristian juga mengatakan bahawa ramalan-ramalan dalam kitab-kitab mereka itu adalah dalam bentuk metaphor (kiasan).

Sebagai penutup kepada catatan hari ini, dibawah ini saya petik ayat 7-8 dari kitab ramalan (Book of Revelation), bab 20.

7 When the thousand years end, Satan will be let out of his prison.

(Apabila tamatnya 1000 tahun, Syaitan akan dilepaskan dari tahanannya)

8 He will go out to deceive the nations from every corner of the earth, which are called Gog and Magog. He will gather them together for battle--a mighty host, as numberless as sand along the shore.

(Dia akan pergi untuk memperdaya bangsa-bangsa di setiap penjuru dunia, yang dipanggil Gog dan Magog. Dia akan mengumpulkan mereka untuk pertempuran- ramai bilangannya, seramai butiran pasir di pantai.)