Sunday, May 25, 2008

10 Tanda Besar Hari Qiamat

20 Jamadil Awal

Bagi yang sememangnya tidak tahu langsung tentang Gog-Magog atau Ya'juj-Ma'juj, di sini saya turunkan terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris, hadith riwayat Imam Muslim mengenai 10 tanda besar sebelum berlakunya hari QIAMAT. Terjemahan ini bukan terjemahan saya sendiri, tetapi dari dua sumber yang berlainan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa apa yang di sebutkan sebagai Ya'juj-Ma'juj dalam budaya Islam, adalah Gog-Magog dalam budaya bukan Islam.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslim)

Imam Muslim records in his Saheeh:

Hudhaifa b. Usaid Ghifari narrated, “God’s Messenger came to us all of a sudden as we were (busy in a discussion). He said, ‘What are you discussing?’ They (the Companions) said, ‘We are discussing the Last Hour.’ Thereupon he said, ‘It will not come until you see ten signs before it.’ And (in this connection) he made a mention of the smoke, Dajjaal, the beast, the rising of the sun from the west, the descent of Jesus son of Mary (may God praise them), Gog and Magog, and landslides in three places, one in the east, one in the west and one in Arabia, at the end of which a fire would burn forth from the Yemen and drive people to the place of their assembly.’”

Ramai umat Islam hari ini leka dengan keadaan bahawa hari Qiamat tidak akan berlaku dalam masa terdekat di atas alasan tidak nampak tanda-tanda besarnya lagi. Ramai yang belajar hadith atau yang ada sedikit-sebanyak pengetahuan agama, melihat hadith-hadith hari qiamat pada sudut zahirnya, sedangkan Rasulullah saw mengkhabarkan tanda-tandanya 1400 tahun dahulu dalam suasana kehidupan manusia tidak ada gambaran langsung tentang keadaan yang akan ujud pada hari ini seperti penemuan minyak, kuasa letrik, ciptaan kereta, talipon dsb. Dalam keadaan begitu, banyak yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw semestinya adalah dalam bentuk KIASAN. Jika dikaji kitab-kitab testament lama dan baru sendiri, khususnya dalam "Book of Revelation" yang banyak menceritakan ramalan-ramalan hari qiamat (apocalypse), kita akan dapati perbahasan dikalangan bijak-pandai yahudi dan keristian juga mengatakan bahawa ramalan-ramalan dalam kitab-kitab mereka itu adalah dalam bentuk metaphor (kiasan).

Sebagai penutup kepada catatan hari ini, dibawah ini saya petik ayat 7-8 dari kitab ramalan (Book of Revelation), bab 20.

7 When the thousand years end, Satan will be let out of his prison.

(Apabila tamatnya 1000 tahun, Syaitan akan dilepaskan dari tahanannya)

8 He will go out to deceive the nations from every corner of the earth, which are called Gog and Magog. He will gather them together for battle--a mighty host, as numberless as sand along the shore.

(Dia akan pergi untuk memperdaya bangsa-bangsa di setiap penjuru dunia, yang dipanggil Gog dan Magog. Dia akan mengumpulkan mereka untuk pertempuran- ramai bilangannya, seramai butiran pasir di pantai.)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ya, saya sangat setuju dengan saudara.

Ramai orang islam tidak peka dengan dunia sekarang, sabda Rasulullah ada yang memerlukan intepretasi menyeluruh dan tidak boleh diterjemahkan begitu sahaja, bukan maknyanya apa yang diperkatakan Rasulullah itu susah untuk difahami, senang tapi untuk mengaitkan dengan dunia sekarang memerlukan satu penilaian berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Namun, saya ada sumber yang autentif dan sahih daripada www.imranhosein.org. Laman ini dibangunkan bagi membuat perkongsian ilmu bersama ulama yang saya sanjungi ( walaupun tidak pernah nampak) bernama Maulana Imran Nazar Hosein

Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya: Setakat ini, tiada lagi yang lebih baik penjelasan mengenai 10 tanda besar yang saudara jelaskan. Sila rujuk laman berkenaan untuk mendapatkan ilmu ini yang sememangnya berpandukan Al-Quran dan Sunnah (SAHAJA).

Peace
syanshine@hotmail.com