Thursday, May 29, 2008

Terbitnya Matahari dari Tempat Tenggelamnya


Khamis. 29 Mei, 2008

Hari ini saya mulakan catatan saya dengan tahun masehi. Kenapa agaknya anda semua bertanya? Semasa saya membuat catatan ini, masa menunjukkan pukul 10:57 pagi Khamis pada jam hand phone saya (saya jarang pakai jam tangan). Pada masa yang sama, waktu dibeberapa bandar di dunia adalah seperti berikut: 5.57 pagi Khamis di Riyadh dan 21.57 malam hari Rabu di Washington D.C.

Bagaimanakah masa ditetapkan atau lebih tepat lagi- bagaimana ianya telah diseragamkan? Semestinya dalam apa jua bentuk ukuran yang digunakan oleh manusia, satu kata sepakat untuk meletakkan satu standard yang diterima semua, tentunya telah dicapai terlebih dahulu. Manusia sudah tentunya tidak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian sesama mereka jika setiap orang menggunakan ukuran-ukuran yang berbeza. Penetapan hari, minggu, tahun atau dalam ertikata lain 'masa', menggunakan fenomena putaran bumi diatas paksinya serta peredarannya mengelilingi matahari. Hari dalam sistem shamsi/matahari/gregorian bermula dengan terbitnya matahari. Berbeza dengan sistem qamari/bulan/hijri, dimana hari bermula dengan terbitnya bulan (waktu maghrib dikira permulaan hari.)

Memandangkan bumi kita berbentuk 'bulat', tidak semua tempat menerima cahaya matahari serentak maka kerana itulah timbulnya perbezaan masa. Tempat atau negara mana yang diberi keutamaan untuk menjadi tempat rujukan permulaan hari? Satu pepatah Jepun yang mahsyur menerangkan negara mereka sebagai NEGARA MATAHARI TERBIT (Land of the Rising Sun). Dalam konteks kehidupan manusia hari ini, dunia tidak menganggap bahawa Jepun sebagai tempat mulanya matahari terbit. Jadi bolehlah kita anggap bahawa orang Jepun "syok sendiri"!. Tempat yang digunakan sebagai rujukan mulanya matahari terbit adalah Greenwich, sebuah pekan kecil di England yang diletakkan pada longitud bumi "0" darjah dan dikenali sebagai Prime Meridian. Penetapan ini telah diputuskan di Conference Meridian Antarabangsa di Washington D.C pada tahun 1884 di atas permintaan Presiden Amerika ketika itu, Chester A. Arthur. Penetapan ini bermakna bahawa pada saat itu, dunia telah memutuskan bahawa MATAHARI TERBIT DARI BARAT.

Maka sekali lagi manusia khususnya bangsa Gog Magog, ingin menafikan campur tangan tuhan dalam pengurusan mereka. Berapa ramai diantara kita yang bersubahat atau pun paling tidak, mengiktiraf perbuatan mereka?

2 comments:

Hairi said...

Ya ibnu salih,
Maaf lambat beri feedback sbb ana balik kampung lah.
Ana rasa, kita kena lihat pada hadis hadis nabi dulu, yang sohih, tentang Yaajuj Maajuj. Sebab kebanyakan kita telah pun mendengar banyak perkara tentang Yaajuj Maajuj (YM) samada yang telah ditakwil atau belum. Jadi kekeliruan masyarakat adalah yang mana hadis sohih, yang mana ditakwil tentang YM. Bila rujukan tentang YM yang sohih telah kita bentangkan, barulah kita mula menambah dengan apa yang telah diketahui oleh orang Yahud dan Nasaro tentang YM dalam kitab-kitab mereka.
Lepas tu, kita cerita kenapa YM itu adalah kiasan dengan memberikan contoh-contoh yang ada dalam Quran, hadis dan kitab-kitab terdahulu.
Lepas tu, kita huraikan tentang kiasan tersebut secara terperinci, lebih kurang seperti yang anda sedang lakukan.
Ini syor sahaja.
Tentang matahari terbit dari barat seperti yang dipaparkan disini, ia tidak berapa kuat hujahnya, sebab 'barat' itu masih relatif dengan kedudukan kita. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Menurut Syariah Muhammadiah.
“Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa
dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya,matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya.”

Jadi ana kira kalau kita nak takwilkan matahari terbit dari barat dengan mengambil kira perhitungan masa bermula dari Greenwnich, itu kurang tepat.