Saturday, May 3, 2008

Mesopotamia

26 Rabi'ul Thani

Banjir besar yang menenggelamkan manusia-manusia yang degil dan engkar dengan suruhan-suruhan ALLAH telah menghasilkan satu kawasan dataran yang subur yang dikenali hari ini sebagai kawasan Mesopotamia. Kawasan ini meliputi satu kawasan yang agak luas disepanjang sungai Tigris dan Eupharates atau Iraq pada hari ini.

Mesopotamia kemudiannya telah diduduki oleh pengikut-pengikut nabi Nuh dan generasi-generasi yang datang selepas mereka. Pertanian merupakan aktiviti awal manusia dan kawasan Mesopotamia menyediakan satu kawasan yang subur bagi manusia untuk bercucuk tanam. Perkembangan zuriat manusia kemudiannya membawa kepada terbentuknya satu sistem kemasyarakatan yang tersusun dan bermulalah era tamuddun kompleks dalam sejarah manusia. Diantara tamaddun-tamaddun yang ujud di sini adalah Assyria (sumerian) & Akaddian tetapi yang paling mahsyur yang perlu diketahui oleh kita semua pada zaman moden ini untuk memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dunia hari ini adalah tamaddun Babylon. Berkait rapat dengan tamaddun Babylon, adalah seorang tokoh yang perlu juga kita mengenali -Nimrod (Namrud).





2 comments:

Grannits said...

Hadis ke 30 dr 40 Hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
H.R.Bukhari Muslim

Wallah hualam

Hairi said...

Ini tower of Babel ke? Minta penjelasan.