Thursday, May 8, 2008

Babylon (Babil)

3 Jamadil Awal


Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul nama Babylon (Greek); Babilu (Akkadian), Migdal Bavel (Hebrew) atau Burj Babil (Arab).

Satu pendapat mengatakan ianya terbentuk dari 2 perkataan Bab-pintu; dan Il-tuhan dan membawa maksud pintu gerbang tuhan/bandar tuhan.

Pendapat kedua, mengatakan ianya bermakna bahasa yang tidak difahami. Makna yang kedua merujuk kepada peristiwa pembinaan menara Babil (tower of babel) dalam Genesis. Mengikut riwayat tersebut, semasa Nimrod@Namrud memerintah di Babil, semua manusia pada awalnya bertutur didalam satu bahasa. Kemudian Nimrod memerintahkan supaya satu menara yang tinggi yang mencapai tempat persemayam tuhan (God's throne/ arasy ALLAH) dibina. Apabila pencipta melihat bahawa pembinaan menara tersebut dibuat dengan tujuan untuk menunjukkan keangkuhan manusia, tuhan telah mempelbagaikan bahasa-bahasa manusia agar mereka tidak memahami pertuturan satu sama lain dan kerja-kerja pembinaan menara tersebut terhalang.

Berdasarkan kepada riwayat yang kedua inilah puak Freemasons, (dimana perkataan Freemasons membawa makna "tukang-bina bebas"), mengiktiraf Nimrod @ Namrud sebagai pengasas kepada kumpulan mereka. Pembinaan menara Babil adalah simbol kepada pembinaan satu budaya atau kefahaman. Menara Babel ini juga dilihat oleh sesetengah orang Keristian sebagai melambangkan dosa manusia. Pada hari ini di barat, Babylon tidak hanya dirujuk sebagai satu bandar kuno lama yang pernah ujud di atas muka bumi, tetapi mereka lebih melihat Babylon sebagai satu simbol kebudayaan atau kefahaman yang ingin dibina semula di era zaman moden hari ini. Budaya atau kefahaman ini adalah budaya atau kefahaman bahawa manusia tidak perlu kepada tuhan untuk mencampuri urusan hidup mereka. Kefahaman ini sentiasa diberi nafas baru dalam tamaddun manusia sepanjang zaman dan dia datang dalam pelbagai bentuk dan istilah, cuma sejak abad 18-rujukan khusus telah diberikan kepada Babylon i.e Babil. Diantara falsafah dalam kehidupan manusia moden, sekularisma adalah yang -paling hebat diperjuangkan oleh orang barat. Istilah "secularism" di mulakan oleh seorang BRITISH yang bernama George Jacob Holyoake pada tahun 1846. Ia bermakna: satu kefahaman bahawa agama tidak boleh mempengaruhi urusan awam dan kerajaan ("tuhan jangan campur tangan dalam urusan manusia").

{A position that religious belief should not influence public and governmental decisions : http://en.wiktionary.org/wiki/secularism}

WALLAHu a'lam, kita takjub bahawa ALLAH s.w.t. boleh memberi rujukan khas kepada Babil dalam al-Qur'an memandangkan pada hari ini dunia barat sememangnya cuba menghidupkan kembali kefahaman dan elemen-elemen dalam masyarakat Babil kuno.

Selain dari merupakan tempat dimana sihir lahir (merujuk kepada ayat dalam surah al-Baqarah), ilmu-ilmu lain yang berkait dengan sihir seperti kajian bintang juga dikatakan bermula di Babylon.






History of Astrology



Astrology
A Brief History of the Oldest Science Known to Humankind


Sometimes they're uncanny in their accuracy; other times they hit a bit off the mark. Nearly always, horoscopes are good entertainment. But Astrology is far more complex than a daily horoscope-and it's not just for fun. Contrary to its popular but erroneous reputation as a New Age subject, Astrology is actually an ancient science that predates both astronomy and psychology. Studied and used throughout the world for thousands of years, Astrology is the study of the interactions among the Stars and the Planets, based on intricate mathematical cycles.

The earliest known astrological records date back to Babylon, 1645 BC, and the earliest horoscope to 410 BC. Astrology's origins can also be traced to several other locations and cultures, including Egypt, which developed sophisticated timekeeping and calendar science; Greece, where Ptolemy authored influential astrological and astronomical texts; and Rome, where many of the most learned men-including two emperors-were astrologers who wrote laws and counseled citizens based on the Stars.

(Dipetik: http://www.astrology.com/aboutastrology/overview/history/ )

Terjemahan ringkas: Kadangkala ketepatan astrology (horoskop) menghairankan kita tetapi kerapkali juga apa yang diberitahu tidak tepat langsung. Ramai yang membaca horoskop mereka sebagai satu bentuk hiburan. Bercanggah dengan kefahaman umum, horoskop bukanlah satu bidang baru tetapi merupakan satu bidang sains kuno dan asal-usulnya jauh lebih awal dari bidang astronomy & psikologi. Astrology adalah kajian mengenai hubungan diantara planet-planet dan bintang-bintang yang di buat mengikut kiraan-kiraan matematik. Astrology dikatakan bermula di Babylon (Babil) dan pengaruhnya menular ke zaman pemerintahan kerajaan Mesir, Rom dan Yunani.




No comments: